Monday, December 14, 2009

Miss them so much


BUzzy... and buzzy... x boleh nak imagine if this kind of 'bizinez' bersambung sampai next year



Ahh... mizz my kids so much
Kadang2, rasa bersalah pun ada.. now as musim cuti sekolah, they preferred to stay di kampung yg juga dlm bandar... mmg boleh relax bla budak2 x da, relax dr kemas rumah & masak2 aje.. yet, still x relax dr keje2 ofis
Now, slalu aje balik lambat sbb bnyk keje + xda apa nk dikejar d rmh... but tension bila fikir... if next year, continue macam ni
what will happen to the kids... bersalah pada nabil especially... nabil nak UPSR tahun depan.. yes... his study all this while, mms slow banding dgn syahmi.. but he improved a lot... nabil yg tak suke pergi tuition, yg suka kalau mama sndri yg ajar.. mmg bnyk sgt improvement if nk banding bila dia drjah 2-3 dulu... now bnyk cikgu-cikgi yg puji... but he needs more of me... bersalahnya if next year... I'm not able to give... more time, more guidance
Ya Allah... I'm not the type that go for career... but I'm in the 'position'... huh... Ya Allah, semoaga tahun depan, menjadi tahun yg lebih baik... lebih masa untuk anak2, lebih masa untuk keluarga, lebih masa untuk akhirat
Last 2 days.. bila tanya syahmi, nak mama balik ambil bila? Abah suruh mama ambil this weekend.. syahmi said... mama ambil 9 bulan lagi.. now, mama imagine, kitorang dlm perut mama, 9 bulan lg kami keluar
I know.. they are having nice time there... but it seems... showing that.. they are not that happy living with me... bersalahnya... if committment kewangan tak banyak, rasa nk letak jawatan aje.. focus on making kids more happy... arrgggg... back to work
Semoga tahun depan, menjadi tahun yg lebih baik... dunia dan akhirat.. insyaAllah. Hanya kepada Allah kupanjatkan doa dan harapan

Sunday, November 22, 2009

Kuasa Tuhan tiada bandingan


















Hatiku masih walang... ada sapa2 yg tgok cerita nenek kebaya? Ayat tajuk topic blog ni dr lirik lagu tema cerita tuh... ahhh... skrg ni, ayat ni asyik terngiang2 di fikiran.. Ya Allah.. kepadaMu kumohon kekuatan.. semoga semuanya selamat esok hari
Jumaat lepas... soalan ini kutuju kpd nini

'kenapa ada org hidup makin senang, even solat jumaat pun selalu total ke ketepi?'

'kenapa ada org senang2 aje tindas hidup org lain, salah guna dll, tp hidup makin senang?'


'nah akak'... nini tunjukkan stappler










'apa kena mengena stappler ni dgn soalan akak'

'akak tahu tak, kalau akak mintak emas, sy x bagi, tp kalau setakat stappler, akak ambil lah'

'huh... akak tension, nini x tolong akak'

'akak tahu tak, dunia ni ibarat stappler aje bagi Allah, berapa nak, ambillah, sbb tu, ada org yg jauh dr Allah, solat pun susah, puasa pun susah, Allah senang2 bagi org tu senang, tp kita ni, bnyk yg tak dapat, asyik kena marah, asyik kena tindas'

menitis air mata ku...
'Akak tahu tak, kita tak dapat stappler sbb Allah nk bg kta emas... tp kita kna terus di landasan Allah... biar org pijak, biar org marah... jgn lupa rahmat Allah.. ingat ye kak.. Allah nk bg kita emas'

Subhanallah... nini, seorg rakan berpangkat 'adik', duduk jauh di bawah hiraki organisasi, hari tu menyedarkan aku...


Aku berserah... hanya Allah yg tahu apa yg ada esok hari.. aku berlindung dgn kekuasaan Allah, kuasa Tuhan tiada bandingan


p/s: nini patut bagi akak stappler ni






Thursday, November 19, 2009

Berpantang maut sebelum ajal





ini email yg diterima few days ago...



CikAbang mmg berada di situ, just disebabkan seorang pakcik jaga sempat menjerit, CikAbang dan kawan sekerjanya terselamat. Pakcik jaga tu yg dah agak berusia pula yg kurang bernasib baik.. nasib baik untuk Cik.Abang, but nasib tidak balik menyebelahi pakcik jaga yg sudah berusia, kerana kurang kudrat untuk berlari

Berhari-hari kurang lena tidur, berat kepala memikirkan bebanan kerja, berat lagi hati memikul bebanan perasaan. Apalah nasib kami anak beranak kalau Cik.Abang yang kena, macam mana kami nak hadapi kehidupan... then makin pening kepala fikir, kalau CikAbang yg kena, mana dulu nak diutamakan.. pembentangan laporan kpd BODmember or nak tunggu Cik.Abang dihospital & mcm mana dgn anak yg tgh exam intervensi UPSR... alhamdulillah.. Allah Maha Mengetahui, setakat mana bebanan yg mampu aku lalui.. tapi perasaan 'what if' tak mampu dibuang

Hari ini, setelah bersusah payah utk prepare laporan, siang dan malam, being it be hujung minggu, bertamu di pejabat dgn panasnya (no aircond kay during weekends), dipandang oleh BODs but sebelah mata oleh management, bersusah payah utk presentation... sungguh menyedihkan .. satu usaha yg tidak berbaloi.. sekiranya ku tahu, sebaik mana dicuba, sbnyk mana masa dikorbankan.. beginilah hasilnya, baik diutamakan anak2 yang perlukan bimbingan dlm exam...

apa kaitannya dgn cerita di atas...???

berhari2 sejak Cik.Abg cerita kisah dirinya terselamat dari maut yang hampir menjemput... berhari2 juga yg kufikir adalah.. what if mmg Cik.Abang yg 'terkena'... ttp ku lupa bertanya.. apalah agaknya nasib pakcik tua itu yg telah menyelamatkan nyawa Cik.Abang

nasib ku memang kurang baik hari ni....
tapi yg pasti, nasib aku, anak2 & Cik.Abg amat jauh lebih baik dpd nasib pakcik yg telah berjasa itu

Hari yg kurang baik hari ini, mengajar aku untuk merenung sejenak... betapa sejak bbrp hari ni, I'm being more than so selfish.. menolak kepentingan ank2 yg perlukan bimbingan menghadapi peperiksaan.. menolak kehidupan kekeluargaan ketepi, demi kemajuan kerjaya yang hanya janji tinggal janji...

Apalah agaknya nasib pakcik jaga itu... Ya Allah... selamatkan lah pakcik itu... dalam usia yg sedemikian rupa.. masih perlu bekerja.. apalh nasib ahli keluarga nya..

Ya ALLah... besarnya kurniaan Mu.. menyedarkan aku.. dr lena yg panjang

Sunday, November 8, 2009

My dear boss bercerita: Rabbit & budak kecil

Dah lama tak jumpa my deary boss secara berdepan. Lama tak jumpa, dah 2 bulan, kadang2, miss juga nak dengar cerita... yg best tuh, dia kta.. he miss all of us too... he he. May be, ada yg tak suka dia bercerita, but as for me, bila dia bercerita, it's mean, he's in good mood.. consider 'selamat' la ari tu..

On last 4thNov, my boss berkongsi story.. one fine day, dia melihat ke luar jendela dia satu muka bumi (bukan di malaysia la), di pagi hari yg tenang gitu, dia ternampak seorang kanak2, (pastinya bukan org mesia) sedang mengejar seekor arnab liar di sebuah padang yg terletak di luar bilik my deary boss. Kejar punye kejar, tak dapat, tapi budak kecil ni terus mengejar. Then, keluar pula sekor lagi arnab liar daripada lubang berdekatan. Tiba2, dia bertanya.. what do yo think this boy will do??.. uisshhh.. senyap kitorang yg khusyuk mendengar or tak dengar langsung... that's hak individu, me myself, dare not comment


Well... me myself, just sengih & slow2 jawab, just bisik2 kat member sebelah.. if my sons, sure cuba kejar dua2... he he


Emm.. kenapa ye, my deary boss tiba2 berminat pasal budak2?.. Fikiran yg amat kreatif ni pun berkata.. mesti bos teringin anak kecil.. ye lah, kedua2 anak boss dh besar panjang, dah di U pn.. he he..

Dia tanya lagi... apa yg i nmpak bila tengok the boy cuba kejar ke2-2 arnab tuh. Dapat ke tidak?.. U know what.. budak2 kecil tu, mcm kita semua.. cuba mengejar dan mengejar, dan arnab tu adalah 'kerja2/urusan2/tugasan2, sama ada ofis or peribadi, so, we must give priority.. if nak cuba buat semua, mmg tak tercapai dan takkan ada yg berhasil..
Ooooo.. itu maksudnya, nasib baik x ckp kuat2 yg impaknya adalah my deary boss teringin anak kecik.. he he. mmg nasib baik

But, ceritanya mmg menusuk jiwa, terus ke dalam otak yg berserabut nih... mmg betul apa yg myboss cakap... even worst, now dalam bnyk keje nak buat, not just me keep on not able to fokus.. and worst, asyik suka bertangguh tak bersebab

Okey.. at last, dah lama tk berblog... berkesempatan juga... kenapa ekk nak berblog... masa pun tak bnyk... but nice to have one... now I have to prioritise... kna stop here, get my job done, report still berterabur here and there, BODs meeting dah dekat, so do next ACM... better stop here

p/s: thanx boss... very good story... very good advice too

Friday, October 9, 2009

Bila isteri dah tak cantik



At last.. setelah lama blog ini dibiarkan bersawang...




some interesting article.. diterima masuk ke dlm mail box.. sebagai panduan diri




Subject: bila isteri dah tak cantik....





Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri... Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah. Pembaca Semua, Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain. Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.




Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja. Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa. Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.




Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang meny edi akan segala keperluan rumahtangga. Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.




Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks. Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku.




Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya .




Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.




Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.




Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.




Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan. Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.




Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedi kit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.






PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan.


Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita.


Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah.


Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman.


Dan perkahwinan juga tempat kita di uji.




Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah . Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya. ...InsyaAllah. .......

Thursday, May 7, 2009

Sesuci kasih ibu : Ibu Mithali

sudah lama blog ni dibairkan, tidak disentuh.. bnyk perkara yg nak dicerita & dikongsi, tetapi tanggungjawab perlu diutamakan..

tetapi.. bila hari ini, menerima kiriman e-mail dr seorang rakan, cerita kisah 'ibu mithali' dari sudut yg belum pernah saya baca & dengar.. hati mmg digerak2 & dipaksa.. pastekan this story di blog ini..

sucinya kasih ibu... walaupun saya seorang ibu... merasa perit payah membesarkan anak.. tidak dapat bayangkan sekiranya saya ditempat hamba Allah yg diceritakan.. betapa segala yg dilalui dlm liku-liku kehidupan ini hanyalah sebesar hama sekiranya ingin dibandingkan dengan kehidupan 'ibu mithali' ini, sekiranya saya ditempat dia, pastinya saya akan gagal melaksanakan tanggungjawab tersebut.. Maha Agung Allah yg memberikan kekuatan kepada insan2 yg sungguh istimewa.. bacalah... dan air mata ini mengalir laju

IBU MISALI OLEH NORHASHIMAH HASHIM
(Dewan Sastera Mei 2000)

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi."Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan.

"Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya.

Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman.. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.

Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini..

"Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu."Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang, disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"

"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anak-anak kandung mak.

Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Misali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran."Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!"suara hadirin semakin kedengaran.

Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman."Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."

Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya."Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."

"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."

"Mirah dah besar, kan? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya.Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak.

"Mak buat segala-galanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"

"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya.. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."

"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"

"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya.Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong. Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak.

Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya.""Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun. "Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan."Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak. Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah. Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."

Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu."Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air. Penat saya membersihkannya. "

"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah.Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu."Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."

"Mirah!" Ibu merangkul saya. "Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal. Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."

"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"

"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."

"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah."Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu.""Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak. Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu.""Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga.

Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru."

"Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar.Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya."Mirah." "Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur.""Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka.

"Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu. ""Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya."Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. .."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima, saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut."Kenapa Mirah tolak tawaran itu?" "Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?""Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! ""Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?" Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya."Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti."Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "

"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya."Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin. Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.

Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat."Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah.""Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?""Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya."

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak.

"Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah.""Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga.Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang comel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak." "Sekian, wassalamualaikum warahmatullah.

"Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri.. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku.Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.' Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai.Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Misali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Misali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan."Nurul Humairah membantu maknya bangun.

Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan.

Air mata Puan Afifah berladung.Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Misali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir itu.

Tuesday, March 31, 2009

Homestay Kuantan Pahang

Salam

This time, nak iklankan Homestay or rumah tumpangan di pinggiran Bandar Kuantan


kepunyaan my beloved sister

So bagi sapa-sapa yang berminat, boleh contact aza @ 019-9554026 (preferably sms)

Rumah ni terletak di Taman Mega Gold, Bukit Setongkol, Kuantan

Hanya 5 minit or lebih kurang 5km dr pusat bandar Kuantan.

Rumah ini merupakan rumah 4 bilik + 3 bilik air, but yang avail untuk duduk, 3bilik+2 bilik

Harganya amat berpatutan, hanya RM200 per malam... nego dengan my sis for long term stay






















Keadaan rumah amat bersih

Kawasan persekitaran pun tenteram

Amat berdekatan (walking distance aje) dengan pasar raya Tunas Manja, restoren, gerai-gerai makan, klinik, farmasi, kedai repair kereta, cyber cafe, kedai dobi dan macam2 lagi

Pasar malam pun senang, ada pada hari isnin (Tmn LKNP Bukit Setongkol), hari rabu (Taman Cenderawasih), hari sabtu (kuantan town centre)

Homestay ni bersesuaian untuk pelbagai keperluan kenduri-kendara, kerja juga bercuti/ jalan-jalan dan lain-lain

Rumah ni almost fully furnish.. kelengkapan such as dapur memasak, peti ais, cooking utensil, dapur nasi, kettle dan pelbagai. Kelengkapan solat juga disediakan di setiap bilik

so... sila-silakan lah... memang tak rugi







Monday, March 23, 2009

Frust : hot air ballon @ putrajaya

Frust sangat... hampa sehampanya...

few months back, bila ditayangkan di berita pasal perarakan hot air ballon di Paris, syahmi (my second hero) show his interest

syahmi : mama pernah tengok ke belon besar2 macam tu kat depan mata

me : pernah.. dah lama, waktu mama belajar dulu

syahmi : mana aci, mama tak bawak ami dan along

me : macam mana mama nak bawak, mama belum kawin lagi pun masa tu

syahmi : tak aci betul, semua abah dan mama aje boleh..


and... my second hero trus merajuk yg tak bole dipujuk2... emm... tup2 dapat email, from 19-22 Mac 2009, akan diadakan buat kali pertama, pertunjukan hot air ballon... from 25 countries. This news spread very fast.. everyday both laksamana tanya... lagi pula all this kluar newpaper + TV.. so we went there...

apa yg frust sangat?.. panas bukan salah penganjur, but on 21mac tuh, kami sampai 10:30am, hanya ada 1 sje.. til kul 12, yg 1 tu pun diturunkan.. nak stay on.. panas sangat... just to find out that on 22mac petang, 16 belon yg naik... kami pegi mmg not good timing... bukan rezeki lah tuh



tapi kan kan... hu hu... ada moto kat sebelah nih jugak yg ditayang2 + boleh try test drive... berminat la... ye la.. klu terpaksa beli kete semata2 nak amik ank dr rumah babysitter (moto biasa x berani)... klu ini ada dipasaran, mungkin saya antara yg 100 awal beli nih...
minat sangat... bwk g ofis pun okey kut...




Thursday, March 19, 2009

From my mail box : Secret of the Hidden Time



email ni amat menarik perhatian... just wanna share




Secret Of The Hidden Time




Since last night my young son has been unwell. When I got back from work this evening I decided to take him to hospital despite my exhaustion. There were many waiting; perhaps we will be delayed by more than an hour. I took my number and sat down in the waiting room. There were many faces, young and old, but all silent. Some brothers made use of the many booklets available in the waiting room. Some of those waiting had their eyes closed, while others were looking around. Most were bored. Once in a while the long silence was broken by a nurse calling out a number. Happiness appears on the one whose turn it is, and he gets up quickly; then silence returns..


A young man grabbed my attention. He was reading a pocket-sized Qurân continuously; not raising his head even once. At first I did not think much about him. However, after one hour of waiting my casual glances turned into a deep reflection about his lifestyle and how he utilizes his time. One hour of my life wasted! Instead of making benefit of that hour, it was just a boring wait. Then the call for prayer was made. We went to prayer in the hospital's Masjid. I tried to pray close to the man who was reading the Qur'an earlier in the waiting room. After the prayer I walked with him. I informed him of how impressed I was of him and how he tries to benefit from his time.


He told me that most of our time is wasted without any benefit. These are days that go from our lives without being conscious of them or regretting their waste. He said that he started carrying the pocket-sized Qurân around when a friend encouraged him to make full use of his time. He told me that in the time other people waste he gets to read much more of the Qurân than he gets to read either at home or in the masjid. Moreover, besides the reward of reading the Qurân, this habit saves him from boredom and stress. He added that he has now been waiting for one and a half hours. Then he asked, When will you find one and a half hours to read the Qurân?

I reflected, How much time do we waste? How many moments of our lives pass by, and yet we do not account for how they passed by? Indeed, how many months pass by and we do not read the Qurân? I came to respect my companion, and I discovered that I am to stand for account and that time is not in my hand; so what am I waiting for? My thoughts were interrupted by the nurse calling out my number; I went to the doctor.

But I want to achieve something now. After I left the hospital I quickly went to the bookshop and bought a pocket-sized Qurân. I decided to be mindful of how I spend the time. If this information is beneficial to you, then please do forward it to your friends and relatives.

Our Prophet (Sallallaahu 'Alayhi Wasalaam) said; "Whoever guides or directs to good, then he gets the same amount of blessing (reward) as the one who does it" The Prophet (Sallallaahu 'Alayhi Wasalaam) also said "Pass on knowledge from me even if it is only one verse"



Source: Unknown

Thursday, March 12, 2009

Jom jom stitches


ni di antara corak terbanyak order diterima mulai bulan Januari to Februari... bagi yang sambut Valentine Day la... tapi yg tak sambut ada jugak yg order
Bagi corak/patern cross-stitch (dgn nama masing2) ni... hanya RM10 (bersaiz 9" x 9")
Bagi yang nak tempah siap berjahit, RM75
mana2 yg berminat.. boleh e-mail to namirzan2biz@yahoo.com.my

Friday, March 6, 2009

Stitch ur photo.. my spare time bizz

lama tak update blog... sebenarnya dah hampir-hampir terlupa akan kewujudan blog nih...


respek & tabik betul pada those yg boleh cari masa utk update blog... bukan pasal masa aje..


bila ada masa... tak dak idea, bila ada idea, tak dak mood.. bila ada mood... tak dak masa... fuhhh.. mmg tabik spring pada those yg semua masa, mood + idea boleh jln concurrently..


anyway... idea buat blog nih sbb rasa marah sgt dgn netmyne (adik beradik streamyx, bwh makpak yg sama TM)... dah puas bayar bill.... tp asyk cal kta tak byr.. dh bnyk kali buat komplen.. e-mail sudah (dh kepilkan sgla2 bukti bayaran), pegi buat report kat menara rebung pun dh byk kali... but... malas la nk cakap.... ye lah... mmg la website nih tuk part time business... mmg la blum bole berenti keje ... tp byk jugak m'bntu kehidupan... tahun nih ingat malas nk byr dh... sbb asyik dlm bil tunjuk blum byr (konon2 dh 2 tahun tertunggak bil)... jagik, klu tahun nih TM block laman web... ingatnya... nak beralih + park semua perlahan2 dlm blog nih la


Saya suka byk yg berkaitan seni (but not lakonan + nyanyian).... but terpaksa meneruskan kerja dalam bidang sekarang... but deep down in heart... satu hari... harap2nya... dapat besarkan anak2 dpn mata... dapat spend more time dgn family... dapat balik kampung lebih kerap tanpa terpaksa pendekkan cuti sbb byk kerja kena buat... i know... it hurts my mom heart's so much....maafkan along mak...


Jagik... dgn part-time bizz nih... dapat disalurkan sedikit minat dan hobi... yg dapat menjana pendapatan... one of it.... STITCH YOUR PHOTO


jadik.... sapa2 yg berminat... nak tukarkan gambar (yg clear + zoom) kepada cross-stich (jahitan silang pangkah), bole hantar ke namirzan2biz@yahoo.com.my


Utk perkhidmatan 'corak cross-stitch'... hanya RM25


Utk perkhidmatan sehingga siap dijahit (lebar lebih kurang 12inci bagi kedudukan potrait, RM300)

Thursday, February 19, 2009

Nur Eliana and Adila Liyana

Bukan terlupa.. tapi terpaksa buat-buat lupa... busy sangat..

14Feb bru ni, b'day my youngest sister.. nur eliana
then

and 19Feb pula hari ni b'day my sweet little princes... adila liyana, so far, adila jadik cucu bongsu..

they shared almost the same name, 'liana'

Actually dulu2, tak ambik pot sgt pasal anak2 saudara, yelah, anak sndiri pun tak terjaga.. hu hu... kesian mereka.. dapat maklong macam nih...


Birth of adila liyana.. ni lah so far stu2nya ank sedara yg pernah dimandikan oleh maklong waktu dlm masih dlm hari.... apa yg seronoknya dan specialnya adila ni pada maklongnya?? sbb adila ni selalu panggil maklong nya 'kak long'... buat maklongnya perasan muda sentiasa..

Friday, February 13, 2009

Abah ... miss u so much

Hari ni adalah hari jadi abah.. sekiranya abah masih ada, pasti usia abah mencecah 61 tahun..



Waktu abah pegi, along mmg sibuk sgt, sibuk dgn tugasan kerja, sibuk nak outstation. Abah agaknya mmg tahu, masanya sudah hampir tiba. Along mintak maaf sgt2 abah, tak tunaikan permintaan abah bawak ronda2. Memang ni hobby abah, sebab tu along pun ada hobby yang sama. Maafkan along abah, along tak tahu, itu pertemuan yang terakhir, along tak tahu yang along tak sempat nak tunaikan janji pada abah. Waktu tu, along ingat, abah tanya..

"sempat tak kalau bawak abah ke giant ni"

" mana sempat, along kan nak naik flight, kena cepat g airport. Next week along balik smula, kan budak2 duduk sini sekejap. Waktu tu, along cuti, boleh bawak abah jalan2. Minggu depan ye bah"

Abah senyap tak membantah. Waktu kucium tangan abah, abah kata "abah mintak maaf ye long". Cuma sempat kuangguk.. sehinggalah di dlm flight, baru teringat.. 'alamak, lupa nak cium pipi abah tadi. Tak pa la, next week jumpa abah, bole cium pipi abah puas-puas'. Tapi, pada hari sepatutnya pulang dari outstation, adk lelaki ku (iju) menalifon, mengatakan yang abah tenat. Mmg dari semalamnya abah demam dan dimasukkan ke hospital kerana badannya mula menolak rawatan dialysis yang diterimya. Emak kata, cuma demam-demam biasa. Setengah jam kemudian, iju memberitahu abah telah pun tiada. Tiada setitis airmata pun yng tumpah..

kwn2 yang uruskan penerbangan pulang dari sarawak ke KLIA.. sedangkan diri ini 'entah di mana'. Hanya setibanya di KLIA, mencari tiket pulang ke kuantan.. baru mula rasa ingin rebah.. dunia ini kosong sekosongnya... kehilangan abah mula disedari.. mencari surau di KLIA, cuba mencari kekuatan diri. Sebaik membaca yassin utk abah, baru air mata pertama melimpah. Menerima sms dr adik2 yng mengatakan abah akn dikebumikan, tak mungkin dapat menanti ketibaan.. menjadikan dada ini makin sesak.. abah.. maafkan along... tak sempat along nak cium pipi abah lagi (yang sengaja dibiarkan dengan duri-duri tajam biar kami bergurau kesakitan)..



Diri ini anak manja abah??? Dilahir sebagai anak sulong, walaupun perempuan, dimanjakan abah sebagai 'lelaki'.. abah memang suka bersukan (ni diwarisi oleh 2 laksamanaku).. di mana abah gunting rambut, disitu juga pasti rambutku dipotong...



Abah suka 'seni'.. pernah emak dan abah bergaduh semata-mata kerana abah belikan set pensil warna 48batang sedangkan SRP hanya beberapa minggu menjelang



Abah memang suka bercerita ke sana sini akan kejayaan anaknya yang sorang ni, walaupun kadangkala risau sekiranya 'kejayaan' yang diharapkn belum tiba. Abah mmg rajin balut buku sekolah anak2, abah suka tengok semuanya kemas.



Soalan yang sering abah tanya "along cukup duit tak? along nak berapa" memang soalan cepumas yang ditunggu-tunggu



Pernah juga bergaduh dgn abah.. abah nak sgt anak dia ni jadi doktor, tapi betul2 mintak maaf bah, along takut darah, dan tak minat langsung dgn biologi. Pernah, naik tingkatan 4, abah belikan buku biologi, abah kata, kalau nak ambil akaun juga, beli dgn duit sndiri... abah mmg frust bila along pilih akaun juga.. sbb tu bila abah dipanggil oleh pengetua MRSM Kuantan waktu tu (anaknya dioffer ke MRSM Kulim, program khas, tapi x berminat).. sbgai denda tidak menurut 'titah baginda' amik 'biologi'.. along terpaksa akur dgn keputusan abah... tapi along tahu.. abah buat semua tu utk masa depan anaknya



Along ingat lagik... waktu mula2 masuk tingkatan 1 di MRSM kerteh, abah yang menangis.. mak relex aje.. nenek kata (nenek pun ikut antar), dlm kereta lagi teruk abah nangis.. waktu tu kami duduk di Raub, abah sanggup setiap 2 bulan datang kerteh.. jenguk anak sulungnya tak tak reti2 nak berdikari...



banyak kenangan dengan abah.. abah yang mula sakit buah pinggang ketika hampir exam 2nd semester A-Level.. waktu belajar di UK, abah sentiasa hantar airmail, paling kurang sebulan sekali.. itu cara abah berkomunikasi, sbb pendengaran abah makin kurang akibat ubat-ubatan.
Walaupun anaknya ni jarang2 nak balas.. sebab dah sibuk bercinta... he he



Abah manjakan laksamana sulong ku sesukanya, sebab anak2 abah ramai perempuan.. dipanggilnya 'boboy' sedangkan semua yang lain panggil anak sulongku 'nabil'.. ingat lagi kalutnya abah waktu diri ini hendak bersalin, sampai diherdik oleh nurse.



Semuanya tentang abah masih kemas dalam lipatan kenangan.. abah yang meninggalkan kami, pada pagi jumaat 28 Ogos 2005, di dalam bulan Rejab. Abah yang memanjakan kami dalam ketegasan, abah yang tegas tetapi sentasa memanjakan kami. Semoga roh abah di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Rindunya pada abah.. maafkan along abah..

Wednesday, February 11, 2009

Permulaan ini di sini

bermula di sini...


Bismillahirahmanirrahim......Akhirnya menjadi kenyataan.. my own blog..

Namirzan menjadi kenyataan

Namirzan ni nama yang dah lama wujud.. gabungan dari nama insan2 penting dlm hidup ini..
Dua orang laksamana yang membuat maknya masih lagi bersemangat untuk meneruskan kehidupan .... tanpa mereka.. mungkin hidup ini sudah tiada lagi nikmat dan tujuannya



walau apapun kita,
walau status apapun kita,
segala ketentuan itu adalah milik Nya.
dan segala sesuatu yang menjadi milikNya,
itulah pengaturan terbaik untuk kita...


dulu-dulu, tidak pun terdetik utk berblog walaupun memang suka membaca blog2 lain esp kaum-kaum hawa..

apa yang akan diisi disini? Pun belum ada perancangan.. ada masa ke?? masa boleh dicari..

mungkin disini akan dikongsi artikel2 yang menarik.. dan pastinya akan dikongsi corak/paten cross-stitch yang akan dihasilkan dari masa ke semasa... hari ni, detik ini.. bermulalah blog ini, yang suatu hari mungkin dapat menggantikan website parttime businessku...