Wednesday, May 26, 2010

peperiksaan demi peperiksaan

Bagi ibu bapa yang ada anak2 yang bersekolah.. now is the time, especially those yg tinggal di dlm wilayah persekutuan.. this week.. a bit stressed one.. lain dari stress kerja.. stress anak2 yang sedang exam.. tak kira lah, anak yang sekolah tadika ke, sekolah rendah ke atau yang menengah.. not just making sure that they are well-prepared to answer all the Qs, but also, dari semua aspek.. dari making sure enough pens/pencils, enough eraser.. ada ruler.. ada semua,.. makan minum pun kna jaga.. nnt tak boleh pulak nk jawab bila sakit perut... fuh.. pastinya yg lebih over and over sressed.. emak..ibu..mama.. what ever we called our mum.. yg kaum bapa,.. may be tak rasa.. or tak tunjuk??.. entah... mr.abang relax je.. as usual.. hu hu...

Nabil pernah few months ago tanya...

Nabil: Nape Wan dulu2 garang pada mama

Me: If Wan tak garang, mama tak jadi apa yang mama jadi sekarang

Nabil: Kenapa mama tak garang macam wan

Me: Zaman berbeza... lg pun, mama dah dapat apa yang wan nak.. & mama nak along satu hari dapat apa yang along nak..

Nabil: Susah nak faham

Me: Memang susah... tapi, mama masih kawal along dalam semua sudut.. along mesti jadi 'manusia'..

Nabil: Lagi tak faham, along kan dah memang manusia..

Me: Nanti bila besar along boleh faham..

Nabil: Mama sedih ke kena ikut cakap wan..

Me: Mana mama sedih.. mama masih boleh buat apa yang mama minat, cuma belum boleh dijadikan sebagai kerjaya.. kerjaya mama lain, minat mama lain.

Nabil:..OOO

Knowing kebolehan dan kekurangan my anak sulung ni.. tak nak paksa2 sgt.. entahlah.. memang stressed sebenarnya.. sebab tahun ni nabil UPSR.. being cucu sulung dalam keluarga... me&mr.abang memang terasa sgt stress nya.. but.. my mum memang mendesak.. mr.abang mum's pun selalu tanya.. entahlah.. so far.. nabil tak pernah putus asa untuk berusaha.. seronok sgt dia bila markah semakin meningkat bagi setiap exam/ujian.. for me, that's more than enough..

Nabil juga pernah buat special request, being anak yg faham sgt2 kerenah bos mama, faham yang cuti sekolah, will not be as cuti2 sekolah kawan2 lain, yg mak&ayah boleh cuti... mr.abang lagi la.. dah many2 years, cutinya burn macam tu aje..

Apa request nabil?.. nabil hendak sgt belajar with makteh & ceksu from mr.abang sides during this school holidays.. entahlah.. macam mana nak tunaikan.. adat lah kan hidup.. amatlah normal if anak2/cucu2/sedara2 rapat dgn one side of family aje.. tambahan pula if ada sejarah2 yg tak tertulis... Nabil nak sgt2 belajar dgn makcik2nya yg belajar oversea... hu hu hu... dgn harapan.. satu hari, dapat ke mana2 jua.. insyaAllah.. mama sentiasa doakan kejayaan anak2 mama
Nabil, Aznor & Fauzan.. tiga sekawan

Alhamdulillah.. now..dh kurang sket bertanya pasal belajar with aunties from mr.abang's side.. sebab dah jumpa kawan2 yang sama2 main & sama2 belajar.. three of them from different schools of the same area.

If makteh&ceksu.. happen to read this blog.. doubt it anyway.. please do contact nabil..

Semoga Nabil&Syahmi.. cemerlang dalam semua perkara yang diminati..

Monday, May 24, 2010

JuTaWAn

Few days ago.. pagi2 kejutkan nabil bangun mandi .. hari sekolah..mmg kna bangun awal2, nnt kna tinggal van..jd susah.. bukan tak nak tolong hantar... kwsn sekolah adalah kawasan yg perlu dielak pagi2 bila tengah rush..& kwsn sekolah nabil amatlah pack & jem pagi2 hari

Bangun2 je.. nabil tanya..

Nabil: Mama, kalau ada duit juta-juta.. kita terus jadi jutawan k?

Me: Betul.. tapi kalau duit ringgit malaysia.. kenapa long?

Nabil terus senyap..ambil tuala & mandi.. full stop..



Then.. terus senyap..sebab masing2 dengan urusan masing2 yang perlu diuruskan.. bersiap, sama ada bersiap ke pejabat atau sekolah...

Later on.. bila masing2 dah siap + syahmi yang pagi2 mesti moyok.. bersiap lebih kurang..

Me: Napa along tanya pasal jutawan?

Nabil : Bila pulak along tanya...??

Me: the???????

Again.. bila petang or maghrib actually?? After siap2 masak2 lebih kurang for dinner, while lepak2 tengok TV, sambil2 nabil & syahmi makan malam..

Me: Kalau along jadi jutawan.. along nak bagi duit along pada sapa? Along bagi tak pada mama, abah, ami, wan, mak de, mak ngah, mak teh itik, mak dik, ayah ngah, maktok, tokki, cek ngah, pak de, mak teh abah, cek su?

Nabil:  Ishh... ramainya along kna bagi...

Me: kalau kita bagi..or derma.. berkat... Allah sayang

Nabil: Along bagi pada mama & wan je lah..

Me: Pada mak de?

Nabil: Tak nak lah.. makde dah sibuk dgn 'abg beca'

Me: Mak dik?

Nabil: Tak nak lah.. ingat tak baru ni, mak dik tidur sini.. tp tak hulur2 pun..

Me: La.. macam tu la pulak..

Nabil: Mama ni dari pagi tanya pasal jutawan ni, nape?

Me: Kan along yang mula2 tanya...

Nabil: Ye ke?

Me: Isyyhh.. budak2 ni..

Nabil: Takpa, mama no woryy.. kalau along jadi jutawan..mama berhenti kerja ye.. bole masak best2 untuk along hari2...

But deep down.. yes..hopping the best of futures of my 2 heroes.. kecil2 lagi dah pandai menilai kasih sayang.. dgn berpaksikan duit..hu hu

Tuesday, May 11, 2010

Mother's day

Emm.. Mother's Day tahun 2010 ni, diraikan on 10MAY2010.. mesti ramai yg post dlm their blogs on this special day.. Mother's Day ni memang secara azalinya, tidaklah diraikan di dalam Islam,..kerana kita perlu menghargai jasa2 ibu kita all the days, through out the years, not on just one specific day.  However, being a mum myself..seronok gak.. dapat few momentos from anak2.. emm..from en.abg, as usual.. no present, but a nice&special eating-out..

Actually, mother's day kali ni agak special, sebab dah 2 weeks, my mum suaranya 'lain' each time buat panggilan telefon..semuanya sebab salah faham, my mum salah 'ingat' tarikh yg dijanjikan nak balik kampung, but then, bila cakap.. takpa la mak, along balik jugak, my mum will say..takpa lah.. but deep down.. uuhhh..susah nak cakap.. but bila call & wish happy mother's day baru ni, suara my mum dah ceria.. fuhh.. rasa lega yg amat.. syukur.. & b'tmbh syukur bila cuti dah approve.. thus, insyaAllah.. nak bawa mak makan2 + nak sambut b'day my niece, sweet alia.. semua ni kira nak tunaikan hutang..

Being a mum myself.. merasa mengandung & melahirkan sebanyak 2 kali.. mengajar untuk lebih appreciate my mum.  My 1st pregnancy berjalan dengan mudah, tetapi diduga dgn pelbagai dugaan, ye lah, kahwin awal & still muda.. bnyk yg perlu dilalui & dikorbankan, especially, if kahwin dengan anak sulung yg mempunyai tanggungjawab yang besar pada keluarga.  Alhamdulillah, juga, amat senang melahirkan nabil, even though waktu tu, bersalin di hospital kerajaan.. sampai kadang2 terdetik.. la... macam tu je ke beranak... hu hu hu.. konon2nya, macam boleh la bersalin tiap2 tahun

Then, come 2nd pregnancy.. kewangan keluarga dah agak lega, but, hanya Allah shj mengetahui, sakitnya & lamanya nak bersalin.. Allah mudahkan di satu sudut, diuji di sudut yg lain, dari pagi sampai ke malam.. terasa hampir hilang nyawa.. hinggakan, bila doktor suruh push.. yang tinggal hanyalah jeritan.. nak operate..tolong..

Membesarkan anak juga tidak mudah, kadang2, bila mengadu kat my mum.. she alsways say.. tu baru dua.. dah macam2 ragam.. tak tahulah macam mana sebenarnya ragam2 kami berlima.. yg pasti, my mum always mentioned, yg paling susah nak jaga waktu kecik2 is me and the youngest.. sorry mum & love u so much

Above all... seronoknya dpat cuti a day before wesak.. boleh b'tolak balik kampung awal sket & dapat spend masa lebih sket...and kids are counting the days..

LUV U MUM.. with all my heart

Friday, May 7, 2010

Dare not to say anything

Dah berhari-hari, di TV, waima (ni tak tau, 'word' ni ada dlm kamus or not) di surat khabar, byk diperkatakan pasal seorang budak lelaki berusia 15 tahun yg ditembak polis.. thus, dlm lrt or di ofis, ramai yg dizkuz pasal nih, with pros and conts.

Me, myself, dare not to say much, salah polis kah or salah keluarga yg benarkan ank2 yg belum cukup usia utk memandu.. emmm... having 2 heroes of my own, hanya memanjatkan doa kehadrat Ilahi, agar dpt membesarkan anak2 sebaik mungkin, dunia & akhirat..

Tak berani nk kutuk2 ibubapa berkenaan.. , & minta dijauhkan Allah.. kadang2, kita dah beri yg terbaik utk anak2, tetapi kita tak mampu untuk kawal segala pergerakan mereka..yap... ye lah, kadang2, anak2 ni, baik depan kita, tapi belakang kita, kita tak tahu. Few years ago, ada sorang 'makcik' nih, yang memuji melangit, yang konon2nya, anak lelaki dia yang terbaik.. tak pernah buat tuh, tak pernah buat ni, tapi, realitinya, anak dia yang dipuji2, rupa2nya, memang selalu merempit, dari selatan ke KL.. so, bila 'makcik' ni puji2 anak dia depan my mum, kami senyap aje la, even, kadang2, bernanah juga telinga my mum dengar.. sebab kami lagi tahu kebenarannya.  Thus, to me myself especially, kena banyak muhasabah diri.. kena kurangkan aktiviti 'naik lif, tekan sendiri'..

As for polis pulak.. tak semua kay, kang ada lak yang kena saman (macam la ada yg baca blog nih.. hu hu).. sapa2 yg duduk di area perumahan kepolisan, mesti senang2 tengok anak-anak polis, especially, yg memang tak makan undang2..again, bukan semua, kay.  Few years back, dekat dgn satu kawasan perumahan polis, di suatu malam.. segerombolan budak2 bermotor (anak polis) telah melanggar seorang kanak2 yang sedang membuka pintu kereta berhampiran kawasan pasar malam..fuh..memang kecoh jadiknya, sebab budak2 nih memang dah biasa buat kacau, sampaikan pakcik jaga yang jaga kawasan tuh pun kena pecat (besar juga kuasa budak2 ni).  But malam tuh, buku bertemu ruas, kanak2 yang dirempoh oleh budak2 segerombolan bermotor itu adalah anak kepada seorang polis juga, yang nak dijadikan cerita, berpangkat lebih tinggi dari mak&bapak budak2 bermotor itu... maka, sejak itu, terasa juga aman damainya kawasan tersebut.. terasa lebih selamat sebab budak2 bermotor ini, tidak lagik membuat kacau..

Apa2pun..bukan semua polis macam tuh, ada juga yang amat berdedikasi menjaga undang2 dan keselamatan.  Tepuk dada, tanya selera. Yang selebihnya..kita hanya mampu berserah kepada Allah, selepas berusaha dalam memastikan semuanya yang terbaik, untuk diri sendiri, anak2, keluarga dan masyarakat sekeliling.  Semoga kita terus dalam bimbingan dan kasih sayang Allah.

p/s: Rasa macam nak bagitahu je kat seorang polis yang amat berdedikasi, yang anaknya (perempuan tau), dan sedang mengandung anak sulung, telah memandu kereta selaju 140km sejam di lebuhraya, even though itu kali pertama wanita mengandung itu memegang stereng kereta setelah beberapa tahun mendapat lesen...he he.. tau takut.. so, memang ada polis yang masih bekerja keras siang dan malam dalam memastikan keamanan dan keselamatan negara.. kita je yg tak sedar, kadang2, telah melanggar undang2

Monday, May 3, 2010

Buzzy vs malas


Sekejap aje..anak2 dh besar, alhamdulillah, sejak almost 7yrs tinggalkan kerjaya d bank, dapat besarkan anak depan mata.. even though not full time, syukur kpd Allah, able to see them depan mata almost hari-hari, even sometimes, balik keja, both of them dah tdo

Yg paling terasa, nabil yg jelas sgt tumbesarannya.. dh sama tinggi dgn mama.. hu hu.. nabilkah yg t'lebih tinggi or mamanya yg tak cukup tinggi???

If balik kampung or jln2 jumpa friends/family or when my mum duty call every weeks..mesti tnya soalan ni..

My mum: Hari ni along makan ape?

Nabil: $$@@ **** %%%%%

My mum: Mama masak or beli

If jwpn nabil 'beli'.. tu la, mama tgh busy skrg ni...

Opps... sbnrnya, masak or beli tuh.. my dear mum, tak dak kena mengena dgn busy or not.. hu hu.. lebih kpd.. 'rajin or malas'...

Hemmm... rasa rajin k malas hari ni?