Monday, May 24, 2010

JuTaWAn

Few days ago.. pagi2 kejutkan nabil bangun mandi .. hari sekolah..mmg kna bangun awal2, nnt kna tinggal van..jd susah.. bukan tak nak tolong hantar... kwsn sekolah adalah kawasan yg perlu dielak pagi2 bila tengah rush..& kwsn sekolah nabil amatlah pack & jem pagi2 hari

Bangun2 je.. nabil tanya..

Nabil: Mama, kalau ada duit juta-juta.. kita terus jadi jutawan k?

Me: Betul.. tapi kalau duit ringgit malaysia.. kenapa long?

Nabil terus senyap..ambil tuala & mandi.. full stop..



Then.. terus senyap..sebab masing2 dengan urusan masing2 yang perlu diuruskan.. bersiap, sama ada bersiap ke pejabat atau sekolah...

Later on.. bila masing2 dah siap + syahmi yang pagi2 mesti moyok.. bersiap lebih kurang..

Me: Napa along tanya pasal jutawan?

Nabil : Bila pulak along tanya...??

Me: the???????

Again.. bila petang or maghrib actually?? After siap2 masak2 lebih kurang for dinner, while lepak2 tengok TV, sambil2 nabil & syahmi makan malam..

Me: Kalau along jadi jutawan.. along nak bagi duit along pada sapa? Along bagi tak pada mama, abah, ami, wan, mak de, mak ngah, mak teh itik, mak dik, ayah ngah, maktok, tokki, cek ngah, pak de, mak teh abah, cek su?

Nabil:  Ishh... ramainya along kna bagi...

Me: kalau kita bagi..or derma.. berkat... Allah sayang

Nabil: Along bagi pada mama & wan je lah..

Me: Pada mak de?

Nabil: Tak nak lah.. makde dah sibuk dgn 'abg beca'

Me: Mak dik?

Nabil: Tak nak lah.. ingat tak baru ni, mak dik tidur sini.. tp tak hulur2 pun..

Me: La.. macam tu la pulak..

Nabil: Mama ni dari pagi tanya pasal jutawan ni, nape?

Me: Kan along yang mula2 tanya...

Nabil: Ye ke?

Me: Isyyhh.. budak2 ni..

Nabil: Takpa, mama no woryy.. kalau along jadi jutawan..mama berhenti kerja ye.. bole masak best2 untuk along hari2...

But deep down.. yes..hopping the best of futures of my 2 heroes.. kecil2 lagi dah pandai menilai kasih sayang.. dgn berpaksikan duit..hu hu

Tuesday, May 11, 2010

Mother's day

Emm.. Mother's Day tahun 2010 ni, diraikan on 10MAY2010.. mesti ramai yg post dlm their blogs on this special day.. Mother's Day ni memang secara azalinya, tidaklah diraikan di dalam Islam,..kerana kita perlu menghargai jasa2 ibu kita all the days, through out the years, not on just one specific day.  However, being a mum myself..seronok gak.. dapat few momentos from anak2.. emm..from en.abg, as usual.. no present, but a nice&special eating-out..

Actually, mother's day kali ni agak special, sebab dah 2 weeks, my mum suaranya 'lain' each time buat panggilan telefon..semuanya sebab salah faham, my mum salah 'ingat' tarikh yg dijanjikan nak balik kampung, but then, bila cakap.. takpa la mak, along balik jugak, my mum will say..takpa lah.. but deep down.. uuhhh..susah nak cakap.. but bila call & wish happy mother's day baru ni, suara my mum dah ceria.. fuhh.. rasa lega yg amat.. syukur.. & b'tmbh syukur bila cuti dah approve.. thus, insyaAllah.. nak bawa mak makan2 + nak sambut b'day my niece, sweet alia.. semua ni kira nak tunaikan hutang..

Being a mum myself.. merasa mengandung & melahirkan sebanyak 2 kali.. mengajar untuk lebih appreciate my mum.  My 1st pregnancy berjalan dengan mudah, tetapi diduga dgn pelbagai dugaan, ye lah, kahwin awal & still muda.. bnyk yg perlu dilalui & dikorbankan, especially, if kahwin dengan anak sulung yg mempunyai tanggungjawab yang besar pada keluarga.  Alhamdulillah, juga, amat senang melahirkan nabil, even though waktu tu, bersalin di hospital kerajaan.. sampai kadang2 terdetik.. la... macam tu je ke beranak... hu hu hu.. konon2nya, macam boleh la bersalin tiap2 tahun

Then, come 2nd pregnancy.. kewangan keluarga dah agak lega, but, hanya Allah shj mengetahui, sakitnya & lamanya nak bersalin.. Allah mudahkan di satu sudut, diuji di sudut yg lain, dari pagi sampai ke malam.. terasa hampir hilang nyawa.. hinggakan, bila doktor suruh push.. yang tinggal hanyalah jeritan.. nak operate..tolong..

Membesarkan anak juga tidak mudah, kadang2, bila mengadu kat my mum.. she alsways say.. tu baru dua.. dah macam2 ragam.. tak tahulah macam mana sebenarnya ragam2 kami berlima.. yg pasti, my mum always mentioned, yg paling susah nak jaga waktu kecik2 is me and the youngest.. sorry mum & love u so much

Above all... seronoknya dpat cuti a day before wesak.. boleh b'tolak balik kampung awal sket & dapat spend masa lebih sket...and kids are counting the days..

LUV U MUM.. with all my heart

Friday, May 7, 2010

Dare not to say anything

Dah berhari-hari, di TV, waima (ni tak tau, 'word' ni ada dlm kamus or not) di surat khabar, byk diperkatakan pasal seorang budak lelaki berusia 15 tahun yg ditembak polis.. thus, dlm lrt or di ofis, ramai yg dizkuz pasal nih, with pros and conts.

Me, myself, dare not to say much, salah polis kah or salah keluarga yg benarkan ank2 yg belum cukup usia utk memandu.. emmm... having 2 heroes of my own, hanya memanjatkan doa kehadrat Ilahi, agar dpt membesarkan anak2 sebaik mungkin, dunia & akhirat..

Tak berani nk kutuk2 ibubapa berkenaan.. , & minta dijauhkan Allah.. kadang2, kita dah beri yg terbaik utk anak2, tetapi kita tak mampu untuk kawal segala pergerakan mereka..yap... ye lah, kadang2, anak2 ni, baik depan kita, tapi belakang kita, kita tak tahu. Few years ago, ada sorang 'makcik' nih, yang memuji melangit, yang konon2nya, anak lelaki dia yang terbaik.. tak pernah buat tuh, tak pernah buat ni, tapi, realitinya, anak dia yang dipuji2, rupa2nya, memang selalu merempit, dari selatan ke KL.. so, bila 'makcik' ni puji2 anak dia depan my mum, kami senyap aje la, even, kadang2, bernanah juga telinga my mum dengar.. sebab kami lagi tahu kebenarannya.  Thus, to me myself especially, kena banyak muhasabah diri.. kena kurangkan aktiviti 'naik lif, tekan sendiri'..

As for polis pulak.. tak semua kay, kang ada lak yang kena saman (macam la ada yg baca blog nih.. hu hu).. sapa2 yg duduk di area perumahan kepolisan, mesti senang2 tengok anak-anak polis, especially, yg memang tak makan undang2..again, bukan semua, kay.  Few years back, dekat dgn satu kawasan perumahan polis, di suatu malam.. segerombolan budak2 bermotor (anak polis) telah melanggar seorang kanak2 yang sedang membuka pintu kereta berhampiran kawasan pasar malam..fuh..memang kecoh jadiknya, sebab budak2 nih memang dah biasa buat kacau, sampaikan pakcik jaga yang jaga kawasan tuh pun kena pecat (besar juga kuasa budak2 ni).  But malam tuh, buku bertemu ruas, kanak2 yang dirempoh oleh budak2 segerombolan bermotor itu adalah anak kepada seorang polis juga, yang nak dijadikan cerita, berpangkat lebih tinggi dari mak&bapak budak2 bermotor itu... maka, sejak itu, terasa juga aman damainya kawasan tersebut.. terasa lebih selamat sebab budak2 bermotor ini, tidak lagik membuat kacau..

Apa2pun..bukan semua polis macam tuh, ada juga yang amat berdedikasi menjaga undang2 dan keselamatan.  Tepuk dada, tanya selera. Yang selebihnya..kita hanya mampu berserah kepada Allah, selepas berusaha dalam memastikan semuanya yang terbaik, untuk diri sendiri, anak2, keluarga dan masyarakat sekeliling.  Semoga kita terus dalam bimbingan dan kasih sayang Allah.

p/s: Rasa macam nak bagitahu je kat seorang polis yang amat berdedikasi, yang anaknya (perempuan tau), dan sedang mengandung anak sulung, telah memandu kereta selaju 140km sejam di lebuhraya, even though itu kali pertama wanita mengandung itu memegang stereng kereta setelah beberapa tahun mendapat lesen...he he.. tau takut.. so, memang ada polis yang masih bekerja keras siang dan malam dalam memastikan keamanan dan keselamatan negara.. kita je yg tak sedar, kadang2, telah melanggar undang2

Monday, May 3, 2010

Buzzy vs malas


Sekejap aje..anak2 dh besar, alhamdulillah, sejak almost 7yrs tinggalkan kerjaya d bank, dapat besarkan anak depan mata.. even though not full time, syukur kpd Allah, able to see them depan mata almost hari-hari, even sometimes, balik keja, both of them dah tdo

Yg paling terasa, nabil yg jelas sgt tumbesarannya.. dh sama tinggi dgn mama.. hu hu.. nabilkah yg t'lebih tinggi or mamanya yg tak cukup tinggi???

If balik kampung or jln2 jumpa friends/family or when my mum duty call every weeks..mesti tnya soalan ni..

My mum: Hari ni along makan ape?

Nabil: $$@@ **** %%%%%

My mum: Mama masak or beli

If jwpn nabil 'beli'.. tu la, mama tgh busy skrg ni...

Opps... sbnrnya, masak or beli tuh.. my dear mum, tak dak kena mengena dgn busy or not.. hu hu.. lebih kpd.. 'rajin or malas'...

Hemmm... rasa rajin k malas hari ni?

Thursday, April 15, 2010

Happy birthday..

Mai.. happy birthday..coz.. kna sorok la kan, yg ke berapa..

few times call, bru dpt cakap & wish...

Memang dh lama x dpt nk sembang2...
our kehidupan change
Dah lama sgt tak ronda2 sma2 kan...
Tapi..terharu sgt bila dengar.. we are still best friend

Camna bole mula rapat ek.. ramai yg pelik
Both our characters, totally different
Ha... jiwa kacau.. that's the word
We understand each other because our life partners are like us..
Susah nk faham nih

Ha..my life partner, attitute sama mcm mai
Mai's life partner, sma attitute as mine
So we try to understand each other's partner by becoming friend..
Bole k cam tu.. okey je kan

Yap.. now masing2 buzzy dgn ank2 yg sekolah
So, lah less time nk ronda2 malaya cam dulu

Buzzyyyy dgn karier... as we climb the so called corporate ladder, we tend to spend more time in meeting & discussion...

Orr.. may be... our jiwa less 'kacau'... may be so true... kan

May our meaningful friendship become stronger..even though we become more jarang b'jumpa, more less jalan2 & so much less talking to each other (fuhh.. ingat dulu2, kalah org b'cinta).. and seems.. no more sleep over...

May both of us, success in our carier, success membesarkan anak2 jadi ank2 yg berjaya, dunia & akhirat.. may both of us success dlm hidup membina keluarga bahagia.. in ways that meant to be for us...

Ameenn

Tuesday, April 13, 2010

Diterjah dgn teka teki

These few days, after months of hectic and chaotic life, works, deadlines, reports and presentation.. at last.. alhamdulillah.. relax sket.. but.. tau.. just a moment, before coming ACM and BOD meeting, waiting at the end of this month.. fuhhh....again?? yap.. again..but let enjoy the moment of calmness dgn balik 'on time'.. yap, i know, my boss won't like it..but.. kesian kat nabil & ami

Sampai sampai aje petang tadi, ami&nabil dah bukak pintu grill rumah, dh tunggu dgn teka teki.. if tak kena masa, mmg malas nk layan, but.. not all the time ada masa...

Ami: Mama.. along ada teka teki best
Me: Jap, jap.. bg mama tukar baju  sat
Nabil: kejap je, along dh lama tunggu
Me: Ok.. just shoot
Nabil: Apa benda yg susah nak turun, senang nak naik??
Me: Oooo... nak kenakan mama ek...
Ami: Jawab la.. kalau mama pandai
Me: Ni bukan soal pandai
Nabil: Susah lah mama ni...
Me: Memang la susah.. susah nak turunkan berat badan... lg lak lepas mengandung 2 kali.. mengandungkan along je dh naik brapa kilo, mengandung ami lagik...
Nabil: Ala...mama dah tau jawapan
Me: Memang la..tu bukan teka teki..tu nk kenakan mama..
Nabil: Tak la.. ok..along ada idea...jom kita buat pembedahan plastik, mama amik peha along, along amik peha mama...


ok... not la as big as this..but if tak jaga, anything can happen

Isu berat badan ni isu sejagat kay.. not just me... kalau tak, takkanlah ada yg jadik jutawan jual ubat kurus...& definitely..not nabil&syahmi's fault.. it's all my fault.  Even dah bnyk yg turun, but a lots and lots more to go.. yg susahnya, when sibuk buat report, tangan pun sibuk menyuap.. and worst part is.. part yg paling susah nak mengecik la jadi part yg paling cepat membesar

Bila bnyk meeting, worst if buat di hotel yg tak terkira bintang2 b'kerlipan, maka tak terkira juga la.. kalori2 yg masuk... masyukkkk.....masa...ooo... masa, lambat sket ye b'lalu... nnti, bila masa hectic metic tiba, appetite tak ley control... lagi & lagi, blum smpat turun 1 kilo, dah naik 2-3 kilo...

Anyway.. thanks nabil& ami..yg ingatkan mama.. nnti x larat nak jogging kan.. nnt kena tinggal je kat belakang cam selalu.. or worst, ajak abah patah balik sblum smpai ke hujung cam last 2 weekends.. eeemmmm... serik... serik.. tak sempat nak bakar kalori, dah awal2 mengalah

Tuesday, April 6, 2010

HOPE... harapan

lama sungguh x memblog.. ye lah.. nobody read pun.. but this is place where i write..mylife, my work..& mostly..how do i feel

past few months, since my last post..asyik memblog dlm kepala..tp rse x lepas.. dok tangguh2, last2 rse x t'tanggung.. rse 'lepas' sket bla dpt tulis.. but i do hope, my 2 heroes do not read my blog.. coz.. nnti, they will copy my 'bad' language + spelling... ha ha.. then, they will say.. oooo, rupa2nya mama x lah 'skema'..

ok.. back to topic.. hope..satu harapan.. doa

sbnry, dh 3weeks, hilang semangat.. semangat bekerja.. of course.. susah nk cerita & tak bole nk cerita in detail.. but, dgn kehadiran email from my youngest sister d pagi2 hari.. meletakkan harapan..sinar.. hope..










This is not the first time to receive this mail, but it mean a lot... mengingatkan diri.. yg makin jauh..jauhdari Allah, diri yg alpa dek kesibukan..kesibukan dunia..yg tidak menjanjikan apa2..

Hilang kedamaian dan ketenangan
Padamnya api kepercayaan
Hilangnya cinta.. kerana diri ini sendiri..selama ini, terlalu jauh dari kedamaian, kepercayaan & cinta Allah

SubhanaAllah.. rezeki ku mungkin bukan di sini.. Ya Allah.. telah lama tidak indulgekan diri dlm mencari kedamaian, kepercayaan & cinta2 yang Kau janjikan.. semoga rezeki ku ada di sana.. meletakkan harapan.. sesungguhnya, hanya Allah yang Maha Mengetahui