Friday, May 7, 2010

Dare not to say anything

Dah berhari-hari, di TV, waima (ni tak tau, 'word' ni ada dlm kamus or not) di surat khabar, byk diperkatakan pasal seorang budak lelaki berusia 15 tahun yg ditembak polis.. thus, dlm lrt or di ofis, ramai yg dizkuz pasal nih, with pros and conts.

Me, myself, dare not to say much, salah polis kah or salah keluarga yg benarkan ank2 yg belum cukup usia utk memandu.. emmm... having 2 heroes of my own, hanya memanjatkan doa kehadrat Ilahi, agar dpt membesarkan anak2 sebaik mungkin, dunia & akhirat..

Tak berani nk kutuk2 ibubapa berkenaan.. , & minta dijauhkan Allah.. kadang2, kita dah beri yg terbaik utk anak2, tetapi kita tak mampu untuk kawal segala pergerakan mereka..yap... ye lah, kadang2, anak2 ni, baik depan kita, tapi belakang kita, kita tak tahu. Few years ago, ada sorang 'makcik' nih, yang memuji melangit, yang konon2nya, anak lelaki dia yang terbaik.. tak pernah buat tuh, tak pernah buat ni, tapi, realitinya, anak dia yang dipuji2, rupa2nya, memang selalu merempit, dari selatan ke KL.. so, bila 'makcik' ni puji2 anak dia depan my mum, kami senyap aje la, even, kadang2, bernanah juga telinga my mum dengar.. sebab kami lagi tahu kebenarannya.  Thus, to me myself especially, kena banyak muhasabah diri.. kena kurangkan aktiviti 'naik lif, tekan sendiri'..

As for polis pulak.. tak semua kay, kang ada lak yang kena saman (macam la ada yg baca blog nih.. hu hu).. sapa2 yg duduk di area perumahan kepolisan, mesti senang2 tengok anak-anak polis, especially, yg memang tak makan undang2..again, bukan semua, kay.  Few years back, dekat dgn satu kawasan perumahan polis, di suatu malam.. segerombolan budak2 bermotor (anak polis) telah melanggar seorang kanak2 yang sedang membuka pintu kereta berhampiran kawasan pasar malam..fuh..memang kecoh jadiknya, sebab budak2 nih memang dah biasa buat kacau, sampaikan pakcik jaga yang jaga kawasan tuh pun kena pecat (besar juga kuasa budak2 ni).  But malam tuh, buku bertemu ruas, kanak2 yang dirempoh oleh budak2 segerombolan bermotor itu adalah anak kepada seorang polis juga, yang nak dijadikan cerita, berpangkat lebih tinggi dari mak&bapak budak2 bermotor itu... maka, sejak itu, terasa juga aman damainya kawasan tersebut.. terasa lebih selamat sebab budak2 bermotor ini, tidak lagik membuat kacau..

Apa2pun..bukan semua polis macam tuh, ada juga yang amat berdedikasi menjaga undang2 dan keselamatan.  Tepuk dada, tanya selera. Yang selebihnya..kita hanya mampu berserah kepada Allah, selepas berusaha dalam memastikan semuanya yang terbaik, untuk diri sendiri, anak2, keluarga dan masyarakat sekeliling.  Semoga kita terus dalam bimbingan dan kasih sayang Allah.

p/s: Rasa macam nak bagitahu je kat seorang polis yang amat berdedikasi, yang anaknya (perempuan tau), dan sedang mengandung anak sulung, telah memandu kereta selaju 140km sejam di lebuhraya, even though itu kali pertama wanita mengandung itu memegang stereng kereta setelah beberapa tahun mendapat lesen...he he.. tau takut.. so, memang ada polis yang masih bekerja keras siang dan malam dalam memastikan keamanan dan keselamatan negara.. kita je yg tak sedar, kadang2, telah melanggar undang2

No comments:

Post a Comment